Kilang haram: Rujuk pakar undang-undang

Amirudin bergambar bersama pegawai dan anggota Rela dalam majlis ulang tahun Rela ke-47.
Amirudin bergambar bersama pegawai dan anggota Rela dalam majlis ulang tahun Rela ke-47.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri mengaktifkan penguatkuasaan ke atas kilang haram dan sedang mendapatkan khidmat pakar undang-undang bagi memperkemas tindakan, memastikan permasalahan pencemaran alam sekitar diselesaikan secara berkesan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia termasuk mengkaji semula hukuman dan jumlah saman yang setimpal dengan kesalahan bagi menakutkan pelaku.

Menurutnya, pengaktifan penguatkuasaan kilang haram itu diputuskan bulan lalu di bawah poftfolio, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han yang akan mengetuai dan meneliti masalah itu.

"Dalam masa sama saya akan rujuk penasihat undang-undang, melihat penguatkuasaan lebih kemas dan berkesan dalam tangani isu alam sekitar.

"Mungkin jumlah saman dan hukuman sedia ada kurang menakutkan pelaku dan kita akan lihat mekanisme sesuai bagi menangani masalah atau mengelak penguasaha kilang buat kesalahan itu," katanya selepas hadir Hari Ulang Tahun Rela ke-47 peringkat Selangor di Dewan Al-Jazari Politeknik Shah Alam, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau berbangga dengan pencapaian Rela yang bermula sebagai sukarelawan sebelum dibentuk sebuah jabatan dan diberikan elaun.

Amirudin melakukan pemeriksaan perbarisan.
Amirudin melakukan pemeriksaan perbarisan.

Artikel Berkaitan:

Amirudin berkata, ia boleh dijadikan modul dan contoh kepada kerajaan untuk melibatkan anak muda peringkat sukarelawan.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, proses pembersihan Sungai Klang yang tercemar dengan sisa disyaki bahan kimia dijangka mampu diselesaikan pada hari ini.

"Sehingga jam 10 malam tadi, sebanyak 60 peratus kerja pembersihan telah dilakukan dan setiap perkembangan kerja dikemas kini menerusi laporan semasa ke semasa tapi saya yakin hari ini mampu selesai.

"Pencemaran itu sudah dikawal dari merebak dan kini sedang proses menyedut minyak dari perangkap dalam kolam takungan tersebut untuk diangkat dan buang ditempat yang sepatutnya," katanya.

Katanya, kos bagi kerja pembersihan tersebut belum dimaklumkan namun mencukupi.

"Yang penting kita fokus pembersihan dulu dan kemudian cari pelaku walaupun bakal berdepan kesukaran bagi mengenal pasti," katanya.

Amirudin (dua, dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota Rela.
Amirudin (dua, dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota Rela.