Sila log masuk terlebih dahulu.

Lapangan terbang Istanbul paling sibuk di Eropah

Lapangan Terbang Istanbul-Gambar hiasan. Foto AFP
Lapangan Terbang Istanbul-Gambar hiasan. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Lapangan Terbang Istanbul dinamakan lapangan terbang paling sibuk di Eropah pada 2021 dengan hampir 37 juta penumpang, menurut laporan tahunan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Eropah, lapor Sputnik.

Meskipun trafik penumpang merentasi rangkaian lapangan terbang Eropah meningkat sebanyak 37 peratus pada 2021 berbanding 2020, ia masih kekal 59 peratus di bawah paras pra-pandemik 2019, kata laporan itu.

Daripada lima senarai teratas secara keseluruhan, Lapangan Terbang Istanbul merupakan lapangan terbang tersibuk di Eropah pada 2021 dengan 36,988,563 penumpang, diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di Moscow dengan 30,943,456 penumpang, Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris dengan 26,201,698 penumpang, Lapangan Terbang Amsterdam Schipholported dan Lapangan Terbang Moscow Doirmoded.

Lapangan Terbang Istanbul juga tersenarai di tempat pertama untuk jumlah penumpang paling banyak di antara lapangan terbang Eropah pada 2020, iaitu melebihi 20 juta penumpang walaupun terdapat sekatan perjalanan akibat pandemik. - Bernama

Artikel Berkaitan: