OKU digalak ikuti program kemahiran

Mahfuz menolak kerusi roda milik Mohd Sofian.
Mahfuz menolak kerusi roda milik Mohd Sofian.
A
A
A

PENDANG - Golongan orang kurang upaya (OKU) disaran mengambil peluang mengikuti program latihan kemahiran dalam bidang tertentu bagi menjana pendapatan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendapatan bukan sahaja datang daripada hasil bekerja makan gaji tetapi juga boleh melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

"Kerajaan melalui kementerian dan jabatan mewujudkan pelbagai pusat latihan kemahiran sebagai contoh di bawah Kementerian Sumber Manusia sendiri terdapat Institut Latihan Perindustrian yang menawarkan pelbagai bidang kursus kemahiran.

"Mereka sudah pastinya mahu berdikari dan bersama memainkan peranan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi keluarga dan negara," katanya ketika berucap di Karnival Kerjaya Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa di Pekan Tanah Merah di sini, semalam.

Mahfuz menandatangani pembukaan bengkel kenderaan milik Mohd Sofian.
Mahfuz menandatangani pembukaan bengkel kenderaan milik Mohd Sofian.

Menurutnya, golongan OKU seharusnya perlu berani menceburi bidang perniagaan dengan kemahiran yang dimiliki.

"Kita harus menerima hakikat bahawa persaingan dalam dunia pekerjaan adalah amat mencabar sekarang ini. Jadi, golongan OKU boleh memulakan perniagaan bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran mereka miliki.

"Perniagaan atas talian boleh dijadikan sebagai pilihan untuk memulakan langkah dalam bidang perniagaan pada masa kini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada karnival itu, Mahfuz turut berkesempatan merasmikan bengkel kereta Mohd Sofian Mohd Yazid yang juga penerima geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah.