Parti Pemerintah Sosialis menang Pilihan Raya Parlimen Portugal

Parti Sosialis Portugal di bawah pimpinan Perdana Menteri, Antonio Costa memenangi pilihan raya Parlimen. Foto Reuters
Parti Sosialis Portugal di bawah pimpinan Perdana Menteri, Antonio Costa memenangi pilihan raya Parlimen. Foto Reuters
A
A
A

LISBON - Parti Sosialis Portugal yang memerintah di bawah pimpinan Perdana Menteri, Antonio Costa memenangi pilihan raya Parlimen, memperoleh 42.1 peratus daripada 92.6 peratus undi yang dikira, menurut keputusan awal, lapor Xinhua.

Penentangnya, Parti Demokrat Sosial (PSD) menduduki tempat kedua.

"Ia adalah kempen pilihan raya yang hebat, peluang yang unik untuk semua orang, daripada yang paling muda hingga yang paling tua,” kata Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa.

Kebuntuan Belanjawan Negeri 2022 oleh kerajaan semasa pada Oktober lalu telah mencetuskan pembubaran Parlimen dan pilihan raya awal. - Bernama

Artikel Berkaitan: