Covid-19: Lapan kes kematian baharu direkodkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini meningkat kepada 31,965 orang.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, kesemua kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Dalam pada itu, terdapat 53, 248 kes aktif Covid-19 di seluruh negara, yang mana 45, 883 atau 86.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,247 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 2,998 kes dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan: