Kes tetak: Polis tahan tiga suspek

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes seorang lelaki ditetak dengan sebilah parang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua suspek berumur antara 28 hingga 33 tahun itu berjaya diberkas di kawasan Sinsuran pada hari kejadian itu berlaku.

“Polis merampas sebilah parang, kereta dan senjata yang diubah suai serta sebatang kayu yang digunakan dalam insiden itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu seorang lelaki berusia 40 tahun cedera ditetak di tangan kiri dan belakang leher di kawasan pasar di sini pada jam 7.30 malam.

"Mangsa kini dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth," katanya.

Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. - Bernama

Artikel Berkaitan: