Pembangkang Perak dah tak ada isu: ADUN Hulu Kinta

Muhamad Arafat (tengah) bersama sebahagian penerima sumbangan berkenaan.
Muhamad Arafat (tengah) bersama sebahagian penerima sumbangan berkenaan.
A
A
A

IPOH - Pembangkang dilihat tidak mempunyai isu lain lagi untuk dibangkitkan sehingga sanggup membuat serangan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kebelakangan ini terutama berhubung isu beliau akan digulingkan.

ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, tindakan berkenaan jelas satu provokasi bertujuan mengelirukan rakyat biarpun pembangkang tidak memiliki dasar atau ‘penyebab’ yang mampu dijadikan isu bagi membidas kerajaan sedia ada.

Malah menurutnya, daripada sudut kebajikan, bantuan kepada rakyat dan lain-lain terbukti bahawa PH memberikan yang terbaik setakat ini.

““Pembangkang dah tak ada isu. Kepada pembangkang adalah lebih baik berikan tumpuan kepada kebajikan rakyat di kawasan masing-masing daripada sibuk buat provokasi seolah kerajaan nak jatuh dan sebagainya. Lagipun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dah kata perkara tu tak benar.

“Tetapi kalau semua perkara ini dikaitkan dengan kerjasama Pas dengan UMNO, rasanya kerjasama ini dah wujud lama, sebelum pembentukan PH lagi, tapi masa tu secara haramlah dan masa tu mereka tak boleh tubuhkan kerajaan. Sekarang dah tersuluh, dah secara rasmi,” katanya.

Muhamad Arafat berkata demikian sempena Program ADUN Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan di Masjid Al Mohsiniah Kampung Ulu Chemor, hari ini.

Sementara itu menurutnya, pimpinan PKR Perak merancang mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Kita pimpinan Keadilan negeri merancang untuk adakan satu sidang media untuk kita nyatakan sokongan kepada Menteri Besar kita tapi kita masih dapat menetapkan tarikh sesuai dan kita akan umumkan nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: