Sila log masuk terlebih dahulu.

Akta 265 tidak terpakai untuk penjawat awam


Akta 265 yang memperuntukkan majikan sektor swasta perlu memberi hari kelepasan am berbayar sebanyak 11 hari setiap tahun tidak terpakai kepada penjawat awam. - Gambar hiasan
Akta 265 yang memperuntukkan majikan sektor swasta perlu memberi hari kelepasan am berbayar sebanyak 11 hari setiap tahun tidak terpakai kepada penjawat awam. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang memperuntukkan majikan sektor swasta perlu memberi hari kelepasan am berbayar sebanyak 11 hari setiap tahun, tidak terpakai kepada penjawat awam dan lain-lain golongan pekerja yang tidak tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta 265.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, golongan pekerja di bawah Akta 265 adalah mereka yang bergaji RM2,000 ke bawah.

Di bawah Akta 265 menyatakan daripada jumlah keseluruhan 11 hari tersebut, lima hari kelepasan am yang wajib diambil termasuklah Hari Wilayah Persekutuan oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Baki enam hari lain boleh dipilih daripada majikan dalam senarai hari kelepasan am sebagaimana Jadual Pertama Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Dalam Jadual Pertama tersebut, Tahun Baharu Cina merupakan hari kelepasan am iaitu sebanyak dua hari bagi negeri-negeri lain kecuali Kelantan dan Terengganu.

"Pada tahun ini, kedua-dua hari kelepasan am ini bertindih pada 1 Februari. Seksyen 60D Akta 265 juga menyatakan bahawa sekiranya cuti umum tersebut jatuh pada hari yang sama, maka hari berikutnya adalah merupakan hari kelepasan am berbayar.

"Justeru, bagi pekerja di sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, jika majikan memilih dan menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai satu daripada hari kelepasan am syarikat, maka majikan adalah wajib memberikan cuti pada Khamis (3 Februari)," menurut kenyataan itu.

KSM menyatakan bagi majikan yang tidak menyenaraikan perayaan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah sahaja. - Bernama

Artikel Berkaitan: