PRK Rantau: PKR selesa digelar 'underdog'

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bergambar bersama sebahagian ahli-ahli Persatuan Vmaxx Production dan guru SMK Pokok Sena selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 SMK Pokok Sena hari ini. - Foto Bernama
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bergambar bersama sebahagian ahli-ahli Persatuan Vmaxx Production dan guru SMK Pokok Sena selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 SMK Pokok Sena hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

POKOK SENA - PKR lebih selesa jika calon parti itu pada PRK DUN Rantau bulan depan, digelar sebagai calon 'underdog', kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, situasi itu diharap dapat menyuntik semangat para aktivis, anggota serta pemimpin PKR supaya bekerja lebih kuat bagi memastikan kemenangan calon PH, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram.

"Gelaran 'favourite' itu biarlah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan kerana sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, sudah tentu beliau mempunyai kelebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengundi Rantau mahu calon anak tempatan

"Namun kami sebenarnya sangat optimis dan yakin mampu memberi saingan kuat (kepada BN) dan tidak luar biasa kalau (PH) mampu beri kejutan kepada Mohamad Hasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu mengulas mengenai beberapa dakwaan bahawa Dr Streram bakal berdepan laluan sukar pada PRK Rantau.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Feb lalu menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau terbatal dan tidak sah.

Susulan itu SPR mengumumkan PRK DUN Rantau diadakan pada 13 April depan, hari penamaan calon 30 Mac manakala tarikh mengundi awal 9 April. - Bernama

Artikel Berkaitan: