Treler terbabas, lebuh raya sesak 40 kilometer

Treler muatan tiang konkrit tersangkut pada pembahagi lebuh raya menyebabkan kesesakan lebih 40km di Kampar. - Foto ihsan pembaca
Treler muatan tiang konkrit tersangkut pada pembahagi lebuh raya menyebabkan kesesakan lebih 40km di Kampar. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

KAMPAR - Nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 302.4 Lebuh Raya Utara - Selatan arah utara di sini pada Sabtu menyebabkan kesesakan sepanjang 40 kilometer di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian sekitar jam 8.50 pagi itu membabitkan sebuah treler dan lori berpunca akibat terbabas.

"Treler terbabit terbabas ke lorong kanan dan pada masa sama sebuah lori bergesel dengan kenderaan itu. Kemalangan terbabit menyebabkan treler 'tersangkut' di pembahagi tengah lebuh raya.

"Pemandu treler mengalami cedera ringan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh," katanya.

Menurutnya, hanya lorong kanan ditutup bagi kerja-kerja mengalihkan treler muatan tiang konkrit itu.

"Kemalangan itu menyebabkan pengguna lebuh raya terpaksa memasuki kawasan Tapah (Jalan Ipoh - Kuala Lumpur) untuk menuju arah utara.

"Keadaan itu menyebabkan laluan daerah mengalami kesesakan akibat pertambahan kenderaan dan pasukan penguat kuasa ditempatkan untuk kawalan dan melancarkan aliran trafik," katanya.

Artikel Berkaitan: