Kerajaan peruntuk RM2.38 juta bantu 14,000 pelajar kurang kemampuan

Idris - Foto Bernama
Idris - Foto Bernama
A
A
A

LAHAD DATU - Kerajaan menerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM2.38 juta daripada kutipan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pemberian bantuan persekolahan kepada 14,000 pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, bantuan sempena Program Jom Ke Sekolah bernilai RM170 bagi setiap pelajar itu turut disalurkan kepada pelajar bukan islam yang layak menerima bantuan berkenaan.

"Di Sabah dan Sarawak, bantuan diberikan masing-masing kepada 1,200 pelajar kerana dua kawasan negeri ini luas, ada juga penerima program ini bukan beragama Islam, tapi sebahagian besarnya ialah untuk orang Islam kerana ia dari wang zakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan serta penutupan Program Dekat Di Hati Anak Malaysia di Desa Kencana Felda Sahabat di sini pada Sabtu.

Katanya sumbangan itu diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak pada tahun ini selain menyuntik semangat belajar dan berjaya dalam kalangan pelajar. - Bernama

Artikel Berkaitan: