Rangnick nak ‘jual’ Pogba, Cavani dan Martial

Pogba mengawal bola - Foto Sportskeeda
Pogba mengawal bola - Foto Sportskeeda
A
A
A

PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick dikhabarkan mahu ‘melepaskan’ tiga tonggak - Paul Pogba, Edinson Cavani dan Anthony Martial dalam usahanya memperkuat skuad The Red Devils pada baki saingan musim ini.

Menurutnya, biarpun hanya tinggal seminggu, tetapi keputusan untuk melepaskan ketiga-tiga pemain berkenaan akan tetap dilaksanakan dalam usaha membentuk semula pasukan berkenaan.

“Saya telah mengenal pasti ketiga-tiga pemain ini yang perlu dilepaskan dalam usaha membentuk semula pasukan terutama daripada segi moral.

“Setakat ini saya melihat ketiga-tiga pemain ini memberikan contoh tidak baik daripada segi moral. Oleh itu, sebelum terlambat, saya merancang melepaskan mereka dan membentuk semula pasukan ini,” katanya.

Ketiga-tiga pemain berkenaan sebenarnya berada dalam pemantauan Rangnick sejak kebelakangan ini berikutan laporan yang mengatakan mereka membawa pengaruh tidak baik di Old Trafford.

Sementara itu Rangnick mendedahkan, bahawa Jesse Lingard merupakan seorang lagi pemain yang akan meninggalkan United sebelum kontraknya tamat pada musim panas akan datang.

“Selain Lingard, penjaga gol Dean Anderson juga difahamkan ingin meninggalkan kami kerana mahu merebut aksi selaku penjaga gol utama.

“Pemain Belanda, Donny van de Beek juga bakal mengikut tindakan Anderson kerana jarang diberikan peluang beraksi bersama United,” katanya.

Artikel Berkaitan: