Sila log masuk terlebih dahulu.

FAM ambil serius pandangan Tunku Ismail

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneliti pandangan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kegagalan skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lalu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau menghormati dan menghargai pandangan serta cadangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu yang disiarkan menerusi satu temu bual bersama ASTRO Arena dan portal CakapSukan di Dubai pada Khamis.

“Saya menjunjung kasih kepada TMJ dan akan meneliti cadangan yang telah dikemukakan baginda selaku mantan Presiden FAM berhubung kegagalan skuad kebangsaan.

“Kami mengambil dari sudut positif segala teguran dan cadangan tersebut akan kami perhalusi sebaiknya demi kebaikan semua pihak terutama dalam pengurusan bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menerusi temubual khas itu, Tunku Ismail mendedahkan beberapa isu berbangkit melibatkan FAM dan kegagalan skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Antara intipati pendedahan TMJ dalam temu bual itu termasuklah tiada ketelusan dalam komunikasi antara FAM dengan pihak media dan penyokong sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap baginda.

Malah, Tunku Ismail turut menyifatkan penubuhan badan siasatan bebas bagi merungkai kegagalan Harimau Malaya di Singapura sebagai ‘membuang masa’.

Tunku Ismail turut mendedahkan isu ‘tangan ghaib’ yang dikatakan berada di sebalik tabir pengurusan skuad kebangsaan hanya satu alasan untuk menyelamatkan diri daripada bertanggungjawab atas kegagalan Harimau Malaya.

Artikel Berkaitan:

Selain menjelaskan perihal sebenar ‘ketiadaan’ beberapa pemain JDT dalam skuad Harimau Malaya, Tunku Ismail juga mendedahkan FAM tidak menepati perancangan asal untuk menghantar skuad Bawah 23 tahun (B-23) ke Singapura.