Lampu isyarat di Jalan Kuala Pilah-Seremban tutup

Road barrier dipasang di persimpangan lampu isyarat Ampang Tinggi.
Road barrier dipasang di persimpangan lampu isyarat Ampang Tinggi.
A
A
A

KUALA PILAH - Lampu isyarat di Jalan Kuala Pilah- Seremban ditutup Jumaat hingga 7 Februari depan bermula dari persimpangan Ampang Tinggi hingga kawasan rehat Taman Rekreasi Ulu Bendul.

Yang Dipertua Majlis daerah Kuala Pilah (MDKP), Mohd Faizal Abdul Manap berkata, ia merupakan salah satu strategi serta inisiatif pengurusan lalu lintas di daerah itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 membabitkan laluan di sepanjang jalan berkenaan.

"Penutupan lampu isyarat persimpangan Ampang Tinggi akan menyebabkan pengguna jalan raya dari arah Jalan Seremban Lama yang ingin menghala ke Seremban perlu membuat pusingan ‘U’.

"Mereka perlu membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di hadapan Pasaraya Giant Kuala Pilah kerana lorong menghala ke Seremban ditutup bagi melancarkan aliran trafik," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Menurutnya, sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan keputusan ini boleh berhubung terus dengan pihak MDKP di laman sosial Facebook Info Trafik Rasmi Kuala Pilah – Seremban, Majlis Daerah Kuala Pilah dan Twitter @Infotrafik_KP, @MDKP1.

Pengguna juga boleh menghubungi talian info trafik- bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah di 06-4842999 bagi perkongsian atau pertanyaan sebarang maklumat berkaitan keadaan trafik.

Artikel Berkaitan: