Sila log masuk terlebih dahulu.

Letak di bawah undang-undang kecuaian ibu bapa

Shahul Hamid
Shahul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran meminda undang-undang terhadap kecuaian ibu bapa yang menjadi punca kanak-kanak ketagih untuk menonton pornografi.

Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, perkara tersebut perlu dilakukan bagi memberi kesedaran dan memastikan ibu bapa cakna akan aktiviti harian oleh anak-anak mereka.

Menurut beliau, undang-undang tersebut boleh dipinda di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

“Kalau tiada undang-undang berkaitan perlu dipinda. Masukkan undang-undang tersebut ke atas kecuaian ibu bapa mengakibatkan anak-anak ini dalam keadaan sedemikian. Jika tidak, mak bapa buat tidak kesah sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Tegas Shahul Hamid, penglibatan kanak-kanak terhadap pornografi disebabkan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab untuk mengawasi perbuatan anak mereka.

Jelasnya, ia kerana terdapat ibu bapa yang memberikan gajet kepada anak seawal usia setahun sebagai bahan hiburan.

“Dengan memberi (gajet) pada usia awal, lagi awal mereka (kanak-kanak) mula melihat pornografi. Mereka jadi ketagih sebab menonton sejak kecil.

“Mungkin di awalnya, mereka hanya tengok gambar, kemudian tengok video dan terasa nak buat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, perkara tersebut perlu dibanteras dengan mengawasi perbuatan anak-anak selain memberikan kaunseling andai terlibat.

“Kalau ibu bapa sendiri tidak boleh membuat kaunseling kepada anak mereka, kena hantar ke pusat kaunselor yang ada untuk menasihati mereka. Anak-anak perlu didedahkan dengan akibat perbuatan itu.

“Perkara itu perlu dicegah dengan cepat. Kita risau lebih ramai yang terjebak dan tidak mahu lebih ramai anak muda rosak. Kita perlukan pemimpin negara yang baik,” ujarnya.