X

Kindly register in order to view this article
!

Peka kutuk keganasan di masjid Christchurch

Zuhairi
A
A

KUANTAN - Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) mengutuk insiden serangan ganas menembak umat Islam di masjid di Christchurch, New Zealand sehingga mengakibatkan sejumlah besar terkorban dan cedera.

Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata, serangan terbabit bercanggah dengan ajaran Islam yang banyak membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia.

Beliau menyifatkan tindakan penembak itu sebagai tidak siuman dan perikemanusiaan sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian.

“Kita tidak pasti sama ada penembak itu tidak siuman atau memang ia sebenarnya fobia kepada Islam (Islamofobia) kerana berani melepaskan tembakan tanpa ada rasa belas kasihan dan perikemanusiaan.

“Peka mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tembakan di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood, New Zealand kelmarin seramai 49 maut manakala 48 cedera parah sebelum angka kematian meningkat kepada 50 hari ini.

Suspek utama insiden tembakan di Christchurch semalam, Brenton Tarrant didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan membunuh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!