JIPS terima laporan kematian tahanan dalam lokap

Azri Ahmad
Azri Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan menerima satu laporan berhubung kematian mengejut, melibatkan seorang lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Balai Polis Marang, Terengganu pada Jumaat.

Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada 3 petang Jumaat.

Beliau memberitahu, siasatan berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS.

“OKT yang berumur 38 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam Sabtu.

Azri berkata, OKT direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Jan di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu. - Bernama

Artikel Berkaitan: