X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

KPM-KBS optimumkan penggunaan fasiliti sukan

Mohd Radzi turut berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Ahmad Faizal dan pegawai KBS menerusi hantaran di Facebook, pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM -Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengoptimumkan penggunaan fasiliti sukan kedua-dua kementerian itu untuk pembangunan belia dan sukan melibatkan murid dan guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kaedah untuk memaksimumkan penggunaan kemudahan itu dibincangkan ketika pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

"Hari ini (Jumaat) saya menerima kunjungan daripada Datuk Seri Ahmad Faizal dan pegawai KBS bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan belia dan sukan yang melibatkan murid serta guru KPM.

"Dalam pertemuan tadi, kami bincangkan tentang usaha dan pendekatan untuk memupuk budaya sukan dalam kalangan murid," katanya menerusi hantaran di Facebook pada malam Jumaat.

Menurutnya beliau, pembangunan bakat sukan daripada peringkat awal anak-anak sememangnya turut menjadi tumpuan KPM-KBS.

Terkini, katanya, Program Pembangunan dan Pencarian Bakat (MyTID KPM-KBS) antara yang sedang diusahakan.

"Aspek pembangunan belia juga perlu diberi perhatian bagi melahirkan generasi pemimpin negara yang berwibawa.

"Semoga usaha KPM-KBS melalui pelbagai pendekatan strategik dapat melahirkan belia negara yang cemerlang serta memajukan sukan untuk seluruh rakyat dapat direalisasikan sepertimana yang dirancang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!