X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Kerajaan usaha guru KAFA diserap jawatan tetap

Idris Ahmad
A
A

LAHAD DATU - Rancangan khidmat guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) diserap ke jawatan tetap atau melalui kontrak perkhidmatan (COS) sedang diusahakan oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan termasuk menyelaraskan masa kerja guru KAFA di seluruh negara.

"Kita sudah bincang terutama syarat-syarat, dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkenaan agar guru KAFA ini dapat dibantu ditetapkan dalam perkhidmatan mereka ataupun COS peringkat awal dulu.

"Masalah ada negeri yang melaksanakan KAFA ini tiga hari seminggu sahaja, ada negeri pula lima hari," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama guru KAFA, takmir dan imam di sini hari ini.

Dalam pada itu, Idris mengingatkan semua guru KAFA termasuk imam di negeri ini menjaga akhlak dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Selain itu, katanya pada tahun ini kerajaan menyediakan peruntukan RM1.5 bilion berkaitan hal ehwal Islam dengan RM140 juta untuk pendidikan, manakala RM58 juta disalurkan untuk pembangunan agama di Sabah.

Sementara itu, Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu Sabah menerima peruntukan RM58 juta daripada kerajaan persekutuan bagi elaun imam, guru takmir, guru KAFA, termasuk penyelia masjid.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!