62 kes disahkan varian Delta

Noor Hisham - Foto Bernama
Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 62 kes positif Covid-19 disahkan sebagai varian Delta bagi tempoh 25 hingga 28 Januari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, bagi tempoh itu, 40 kes Delta dikesan di Pulau Pinang dan tujuh di Kuala Lumpur.

"Masing-masing lima kes Detla di Pahang dan Perak, Kelantan (tiga), Kedah (satu) dan Selangor (satu)," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan varian Delta di negara ini adalah 6,250 kes.

Varian Delta dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) termasuk Omicron (601 kes), Beta (233) dan Alpha (14).

Setakat ini, Malaysia merekodkan 20 kes varian berkepentingan (VOI) iaitu Theta (13), Kappa (empat) dan Eta (tiga).

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 7,118 kes," katanya.

Artikel Berkaitan: