Cuti am tambahan berbayar sektor swasta di Wilayah Persekutuan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua majikan swasta yang berada di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah memberikan satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar kepada pekerja pada 3 Februari.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 1 dan 2 Februari juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan.

"Memandangkan kedua-dua hari pelepasan ini bertindih pada 1 Februari, tambahan satu hari lagi hendaklah diberikan kepada pekerja sebagaimana diperuntukkan di dalam proviso Seksyen 60D (1) (b) (ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265)," katanya pada Jumaat.

Bagaimanapun, sekiranya majikan tidak menyenaraikan Tahun Baru Cina sebagai hari pelepasan am yang diambil, pekerja perlu diberikan pelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah sahaja.

Artikel Berkaitan: