X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Nadal hampiri gelaran Grand Slam ke-21

Nadal kini merekodkan 20 gelaran Grand Slam dalam kariernya.
A
A

JAGUH handalan Sepanyol, Rafael Nadal hanya selangkah lagi mencipta rekod menyambar gelaran Grand Slam ke-21 selepas berjaya mengesahkan tiket ke final Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2022.

Dalam aksi separuh akhir di Rod Lave Arena, Melbourne pada Jumaat, Nadal yang juga bekas pemain nombor satu dunia menewaskan pilihan ketujuh dari Itali, Matteo Berrettini 6-3, 6-2, 3-6, 6-3 dalam pertarungan hampir tiga jam.

"Pada dua set pertama, saya boleh katakan ia adalah permainan terbaik saya sejak sekian lama. Saya cukup berpuas hati dengan corak permainan pada perlawanan hari ini.

"Beraksi sekali lagi di pentas final memberi makna yang besar buat saya. Saya harap dapat mencipta pengakhiran yang cemerlang di Melbourne Park hujung minggu ini," katanya.

Dalam aksi final pada Ahad ini, Nadal bakal membuat perhitungan dengan pemenang di antara pemain Rusia yang juga pilihan kedua, Daniil Medvedev atau Stefanos Tsitsipas dari Greece.

Nadal yang juga juara Terbuka Australia 2009 kini berkongsi 20 gelaran Grand Slam dengan pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic dan bintang Switzerland, Roger Federer.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!