X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

PBM Kelantan tekad raih sokongan pengundi muda, atas pagar

Nor Aniza (dua dari kiri) bersama kepimpinan PBM Rantau Panjang turun padang melawat Muhammad Khairul Anuar yang terlantar dan lumpuh sejak lahir di Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang pada Jumaat.
A
A

RANTAU PANJANG - Parti Bangsa Malaysia (PBM) Kelantan tekad meraih sokongan pengundi muda dan golongan atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membina semula negara ini ke arah yang lebih baik.

Naib Pengerusinya, Nor Aniza Rashid berkata, pihaknya menawarkan satu perubahan baharu dalam arena politik negara menerusi aspirasi dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa dan status sosial.

"Saya yakin perjuangan PBM mampu menambat hati generasi muda khususnya pengundi 18 tahun untuk memulihkan semula negara.

"Begitu juga dengan pengundi atas pagar yang mempunyai hasrat sama untuk melihat tiada lagi politik perkauman dan kebencian sehingga menggugat perpaduan negara," katanya ketika ditemui selepas melawat orang kurang upaya (OKU) Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 22, yang terlantar akibat lumpuh sejak lahir di Kampung Tok Pelanduk di sini pada Jumaat.

Dalam kunjungan itu, Nor Aniza turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada Muhammad Khairul Anuar.

Menurutnya, peranan yang dimainkan oleh pengundi muda dan golongan atas pagar amat besar kerana mereka mempunyai hak dalam menentukan tampuk pemerintahan negara pada masa depan.

Beliau berkata, pelbagai program telah dirangka untuk menarik sokongan golongan berkenaan untuk bersama PBM di negeri ini.

Nor Aniza berkata, pihaknya juga kini sedang giat merekrut ahli baharu bagi memastikan PBM berkembang pesat di negeri ini.

"Kami bertekad untuk mendapat seberapa banyak sokongan untuk bersama-sama PBM dalam memacu perubahan negara di masa depan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!