5,522 kes baharu positif Covid-19

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 5,522 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat.

Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding Khamis, 5,439 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 2,855,930 kes.

"Daripada kes harian yang dilaporkan terdapat 39 kes kategori tiga hingga lima dan 5,483 kes atau 99.3 peratus lagi adalah kategori satu dan dua," katanya.

Menurutnya, sebanyak 373 kes import yang mana 259 rakyat tempatan dan 114 warga asing dijangkiti wabak itu.

"Penularan dalam negara adalah 5,149 kes melibatkan 4,946 rakyat tempatan dan 203 warga asing," katanya.

Beliau berkata, seramai 127 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM turut merekodkan 3,285 kes sembuh dengan jumlah kumulatif 2,773,948 kes," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 23 kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhannya, 6,394.

"Daripada jumlah itu, 6,105 kluster telah tamat manakala 289 lagi masih aktif," katanya.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara terus meningkat kepada 1.15.

Negeri Sembilan kekal tertinggi mencatatkan nilai Rt iaitu 1.21 diikuti Kedah (1.16), Johor (1.14), Pulau Pinang (1.14), Kuala Lumpur (1.08), Putrajaya (1.07), Selangor (1.07), Melaka (1.07), Kelantan (1.05), Sabah (1.04) dan Pahang (1.03).

Perak pula 0.99 dan Terengganu 0.87 manakala nilai Rt Perlis, Labuan dan Sarawak kekal sifar.