Derma RM100 ke Tabung #Sinar4NZMartyrs walau baki tinggal...

Resit dihantar oleh individu tidak dikenali setelah sumbangan dilakukan ke tabung tersebut.
Resit dihantar oleh individu tidak dikenali setelah sumbangan dilakukan ke tabung tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap tragedi serangan pengganas di Christchurch, New Zealand jelas terlihat ke atas keikhlas salah seorang penderma yang saggup mendermakan RM100 ke tabung #Sinar4NZMartyrs, biarpun akaunnya selepas itu berbaki RM400.94

Ternyata usaha murni itu demi menyokong usaha dilakukan Sinar Harian bagi membantu mangsa tragedi keganasan tersebut yang menyebabkan 50 jemaah solat Jumaat meninggal dunia setakat hari ini.

Ketua Perancangan Strategik Sinar Harian, Naquiah Muhamad Noor berkata, penderma yang tidak dikenali itu berkongsi resit transaksi yang dilakukan kepada pihaknya.

“Jelas di resit itu menunjukkan baki akaun simpanannya selepas menderma RM100 ke tabung tersebut hanya berbaki RM400,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung #Sinar4NZ49Martyrs bantu mangsa tembak Christchurch

Dalam pada itu, Naquiah berkata, setakat jam 11.35 pagi hari ini, sebanyak RM16,405.10 telah berjaya dikumpul tabung tersebut dengan 242 transaksi sejak semalam.

“Ada yang derma RM10,RM20, RM30, RM50, RM100 dan paling tinggi adalah RM1,000, iaitu 10 minit selepas perkongsian mengenai tabung ini tersiar di media sosial.

“Jumlah itu berdasarkan penderma yang telah berkongsi resit derma ke akaun yang telah disediakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, satu tabung khas itu dibuka untuk membantu keluarga mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam serangan Jumaat lalu.

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kutipan itu terbahagi kepada tiga fokus utama iaitu mangsa yang meninggal dunia, mangsa yang cedera serta membantu membaik pulih masjid yang terjejas dalam tragedi yang menggemparkan dunia itu.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf: 5642 7652 9068.