KPDNHEP Johor terima aduan kenaikan harga makanan, perkhidmatan

Anggota KPDNHEP Johor melakukan pemantauan dan pemeriksaan sepanjang tempoh perayaan ini.
Anggota KPDNHEP Johor melakukan pemantauan dan pemeriksaan sepanjang tempoh perayaan ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menerima lapan aduan berkaitan kenaikan harga makanan dan perkhidmatan bermula dari awal tahun sehingga Jumaat.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, kesemua premis terlibat telah dikenakan dikompaun dan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, dalam tempoh yang sama sebanyak 124 kes direkodkan sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) 2011 dengan jumlah kompaun keseluruhan sebanyak RM20,600.

"Berdasarkan rekod mulai 1 hingga 28 Januari, sebanyak 7,373 premis telah diperiksa KPDNHEP Johor meliputi 6,813 peruncit, 485 pemborong dan 75 pengilang di seluruh negeri.

"Pemantauan di pusat pengedaran pasar raya mendapati stok bekalan barang keperluan asas terutama minyak masak, tepung, gula dan telur mendapat permintaan tinggi untuk diedarkan di peringkat rangkaian pasar raya.

"Ini disebabkan terdapat peningkatan pembelian barangan keperluan terutamanya persediaan dalam menyambut musim perayaan Tahun Baharu Cina yang hampir tiba," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohd Hairul Anuar, seramai 200 anggota penguatkuasa KPDNHEP Johor terlibat akan memantau dan melaksanakan pemeriksaan agar bekalan asas dan harian mencukupi.

"Orang ramai dinasihatkan agar membeli barangan mengikut keperluan sahaja dan tidak membeli barangan yang berlebihan.

Artikel Berkaitan:

"Peniaga juga diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang- wenangya.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga," katanya.