Undang-Undang senjata api di New Zealand akan dipinda

No Image Caption
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Undang-undang senjata api di New Zealand bakal dipinda susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch yang mengorbakan puluhan nyawa.

Dalam satu sidang media, Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, satu mesyuarat Kabinet khas akan diadakan pada Isnin bagi membincangkan polisi kerajaan negara itu dan isu pengganas serta keselamatan orang awam.

"Saya sudah pun menyatakan bahawa kami akan membuat pindaan pada undang-undang senjata api di negara ini.

"Perkara tersebut akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas Kabinet esok," katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Mengulas mengenai mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut, beliau berkata, mayat akan diserahkan kepada keluarga masing-masing bermula hari ini sehingga Rabu.

"Satu upacara memperingati mangsa keganasan itu akan diadakan di Parlimen pada Selasa," katanya.

Artikel Berkaitan: