X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Pengarah penguat kuasa direman bantu siasat minta, terima rasuah

Suspek (depan) diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Alor Setar pada Jumaat. - Foto SRPM Kedah
A
A

ALOR SETAR - Seorang pengarah penguat kuasa di agensi kawal selia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan pada 2019 sehingga 2021 untuk mendapatkan tender pengurusan pembersihan awam di Kedah.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Alor Setar bermula Jumaat sehingga 3 Februari ini.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari pada Khamis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada seorang individu dengan menggunakan orang tengah.

Pada Khamis, sebuah media melaporkan tangkapan berkenaan dan difahamkan wang tersebut diterimanya dari Julai 2019 hingga Mac 2021 bagi membantu pihak tertentu mendapatkan tender pengurusan pembersihan awam daripada syarikat pembersihan di Kedah.

Dipercayai penahanan ini adalah lanjutan daripada penahanan lebih 25 individu membabitkan kes pengemukaan penyata akaun palsu pada pertengahan bulan Januari bagi membantu siasatan terhadap kes pengemukaan penyata akaun palsu beberapa syarikat untuk memasuki tender dalam sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara tanah air.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan itu dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!