Netizen puji pegawai polis Islam New Zealand

Ucapan Naila mendapat pujian netizen seluruh dunia.
Ucapan Naila mendapat pujian netizen seluruh dunia.
A
A
A

VIDEO pegawai polis Islam berpangkat tinggi yang sebak ketika menyampaikan ucapan dalam majlis menghormati mangsa serangan dua masjid di Christchurch, mendapat pujian netizen.

Dalam ucapannya, Supritendan Naila Hassan memberitahu dia bangga sebagai penganut agama Islam dan pemimpin polis di New Zealand.

"Saya tahu ini saat cukup menyedihkan bukan saja buat masyarakat Islam, malah semua orang dalam komuniti ini.

"Kami mahu meyakinkan semua bahawa kami melakukan yang termampu untuk memastikan mangsa serangan yang dahsyat ini diperlakukan dengan rasa hormat," katanya.

Video ucapan yang dimuat naik Facebook Auckland City District Polic itu mendapat penghargaan daripada netizen.

Pengguna Facebook, Racquel Enseri berkata: "Kia kaha polis New Zealand. Terima kasih atas segala jasa, hero tak didendang kami".

Fais Al-Hajari pula berkata, ucapan Naila bukan sahaja bersemangat malah berjaya menenangkan masyarakat.

Imtiaz Ahmed turut memuji ucapan Naila: "Ucapan yang bersemangat daripada seorang pegawai polis wanita beragama Islam."

Artikel Berkaitan: