X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Dasar hasil baharu diperkenal selepas ekonomi pulih, rakyat bersedia

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto Sinar Harian
A
A

KUALA LUMPUR - Sebarang tindakan pelaksanaan dasar hasil baharu akan hanya diperkenalkan selepas ekonomi negara kembali pulih dan rakyat bersedia untuk menerimanya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata negara perlu terlebih dahulu menangani isu berkaitan inflasi yang berlaku berikutan gangguan rantaian bekalan global, kos tenaga seperti harga bahan api yang naik mendadak serta peningkatan permintaan pengguna di seluruh dunia akibat pembukaan semula ekonomi global.

"Faktor-faktor ini semua telah memberi kesan kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan B40 dan M40,” katanya ketika mengumumkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-83 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul turut menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengatasi isu-isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas.

"Peruntukan berjumlah RM31 bilion dalam bentuk subsidi petrol RON95, diesel, minyak masak dan tepung telah digariskan dalam Bajet 2022 manakala RM200 juta diperuntukkan untuk mengurangkan harga barang keperluan di kampung,” katanya.

Memberi penjelasan lanjut mengenai Bajet 2022, beliau berkata setakat 14 Januari 2022, sejumlah RM31 bilion telah disalurkan kepada individu dan perniagaan melalui 43 inisiatif kerajaan.

Bagi Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, Tengku Zafrul berkata pelan tersebut menggariskan tiga hasil utama iaitu kewangan untuk semua, kewangan untuk pembaharuan dan kewangan untuk kemampanan.

Ia juga menggariskan lima teras strategik, iaitu, mencapai hasil-hasil seperti membiayai transformasi ekonomi Malaysia, meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan dan memajukan pendigitalan sektor kewangan, kata beliau.

Menurut Tengku Zafrul, pelan tersebut turut menyasarkan pembangunan kewangan berasaskan nilai melalui kepimpinan dalam kewangan Islam serta meletakkan sistem kewangan pada kedudukan teratur yang memudahkan peralihan secara teratur kepada ekonomi lebih lestari. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!