X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

'Lebih ramai akan dipanggil termasuk Anwar, Mat Sabu'

Fahmi Fadzil ketika bercakap kepada media selepas dirakam keterangan di IPD Dang Wangi.
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak polis telah memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah untuk dirakam keterangan berhubung penerimaan satu memorandum di Parlimen 20 Januari lalu.

Fahmi Fadzil dan Maria Chin dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini sekitar jam 9.30 pagi bersama peguam mereka dan mengaku memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau difahamkan bahawa pihak polis akan memanggil beberapa Ahli Parlimen lain termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berhubung isu tersebut.

"Nampaknya ramai yang akan dipanggil berhubung penyerahan memorandum tersebut tetapi saya tidak pasti kalau ada isu lain.

"Proses berjalan lancar dan kami memberi kerjasama selepas dipanggil pada awal minggu ini dan kami hadir hari ini.

"Kita perlu lihat tugas Ahli Parlimen yang mengangkat suara rakyat di dalam dan luar Parlimen walaupun kami beri kerjasama penuh kami harap ada perubahan kerana adakah perlu selatan ini dijalankan," katanya pada media selepas selesai dirakam keterangan di IPD Dang Wangi di sini pada Jumaat.

Difahamkan, sekitar 20 soalan diajukan oleh pihak polis berkenaan penglibatan mereka dalam perhimpunan penyerahan memorandum tersebut antaranya peranan dan kapasiti mereka, identiti pihak penganjur, tujuan perhimpunan dan adakah prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam dan Peraturan 10 PPPDPPB 2021 (Kawalan Berhimpun).

"Kedua-dua Ahli Parlimen dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes perhimpunan penyerahan memorandum di Parlimen," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!