X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Dr Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman petang ini

Wan Azizah
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness', pada Jumaat.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pandan itu akan hadir pada jam 3 petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Dr Wan Azizah diminta hadir untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan penerbitan buku yang ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Benar (Dr Wan Azizah dipanggil Bukit Aman) dan ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Media tempatan melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Disember lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dipetik berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Tommy menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah.

Berikutan itu, polis menerima lebih 100 laporan terhadap Tommy berhubung penerbitan buku tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!