X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Hampir 50 peratus populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

Seramai 199,251 dewasa telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 199,251 dewasa telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif populasi dewasa yang diberikan suntikan penggalak di negara ini kepada 11,531,403 atau 49.3 peratus.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 22,921,716 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,199,172 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,785,992 individu atau 88.5 peratus telah menamatkan vaksinasi mereka, manakala 2,866,545 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian itu juga menunjukkan bahawa sejumlah 203,613 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 1,660 dos pertama dan 2,702 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 63,100,577.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 10 kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan tiga kes, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes, manakala Johor, Perak dan Sarawak masing-masing satu kes. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!