X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Mayat wanita tidak berseluar ditemui dalam perangkap sampah

Polis menemui mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berseluar dan tangan diikat di perangkap sampah di Sungai Kandis
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis menemui mayat seorang wanita dengan tangannya diikat menggunakan seluar dalam perangkap sampah di kawasan kunci air di Sungai Kandis di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat mangsa ditemui sekitar jam 10.40 pagi itu dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh hari lalu.

Menurutnya, tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh mangsa.

"Identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan mangsa memakai sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kiri, memakai singlet berwarna hitam.

"Ketinggian mangsa lebih kurang 150cm, rambut beruban dan bergigi jarang. Mangsa tidak berseluar dan seluarnya disyaki digunakan untuk mengikat mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Shazrin di talian 0355202022 untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!