PM New Zealand dapatkan nasihat usir suspek

Jacinda Arder - Foto NBCNews
Jacinda Arder - Foto NBCNews
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sedang mendapatkan nasihat berhubung kemungkinan suspek yang terlibat dalam serangan keganasan di dua masjid akan diusir ke Australia.

Suspek, Brenton Tarrant merupakan seorang warga Australia dan menetap di Dunedin.

"Saya tidak mahu komen lanjut memandangkan kita masih di peringkat awal. Pertuduhan sudah dibuat, kita menjangkakan ada pertuduhan lagi, dia akan muncul di mahkamah tinggi pada 5 April, jadi jelas ada proses perlu perlu dilalui di sini.

"Tapi saya boleh katakan saya sedang mendapatkan nasihat tentang apa akan berlaku selepas itu," katanya kepada media.

Tarrant tidak memerlukan visa untuk memasuki New Zealand kerana sebagai warga Australia dia dibenarkan memasuki negara ini dan tinggal di sini tanpa visa.

Dia dihadapkan dengan pertuduhan melakukan pembunuhan selepas serangan keganasan di dua masjid yang menyebabkan 50 mangsa meninggal dunia.- nzherald.co.nz

Artikel Berkaitan: