Politeknik Shah Alam rosak dilanda ribut, hujan batu

Keadaan bumbung bangunan Politeknik Shah Alam rosak. Foto: Facebook PSA
Keadaan bumbung bangunan Politeknik Shah Alam rosak. Foto: Facebook PSA
A
A
A

SHAH ALAM - Kejadian hujan batu dan ribut yang melanda beberapa kawasan di sini pada petang Khamis turut menjejaskan beberapa infrastruktur di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Politeknik PSA pada Khamis, antara kerosakan dilaporkan ialah bumbung blok bangunan parkir yang tercabut dan runtuh, kebocoran atap serta ruang pejabat dan pokok tumbang di persekitaran serta sepanjang laluan masuk ke pusat pengajian tersebut.

Terdapat juga kenderaan staf PSA yang dihempap oleh pokok tumbang dan bumbung yang tercabut daripada blok bangunan.

Kerosakan lain turut dilaporkan ialah alatan alatan pejabat, palang pintu pagar utama yang patah, kebocoran paip, kerosakan asrama, kuarters, Pusat Islam dan Dewan Al-Jazari.

“Lain-lain kerosakan dan anggaran kos yang terlibat sedang dinilai,” menurut hantaran tersebut.

Antara kerosakan bangunan Politeknik Shah Alam akibat dilanda ribut petang Khamis. - Foto: Foto: Facebook PSA
Antara kerosakan bangunan Politeknik Shah Alam akibat dilanda ribut petang Khamis. - Foto: Foto: Facebook PSA

Penduduk di Shah Alam dikejutkan dengan kejadian hujan lebat dan angin kencang yang dilaporkan mula berlaku sekitar jam 5 petang Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sebanyak 10 kenderaan awam didapati rosak akibat dihempap pokok dan bumbung dalam dua kejadian berasingan yang berlaku di sekitar Seksyen 13, di sini akibat daripada cuaca buruk itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.