10 kenderaan rosak ketika hujan lebat, angin kencang di Shah Alam

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu melibatkan Jalan Subang berdekatan Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu melibatkan Jalan Subang berdekatan Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
A
A
A

SHAH ALAM - 10 kenderaan awam rosak akibat dihempap pokok dan bumbung dalam dua kejadian berasingan ketika hujan lebat dan angin kencang melanda sekitar Seksyen 13 di sini, petang Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu melibatkan Jalan Subang berdekatan Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan kawasan parkir sebuah pusat beli-belah.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama jentera ke lokasi kejadian pertama di Jalan Subang.

“Pemeriksaan mendapati dua kenderaan dihempap pokok yang tumbang di jalan menuju ke Lebuhraya Persekutuan berkenaan. Namun, tiada mangsa cedera dan mereka keluar sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kerja pemotongan pokok tumbang dan pembersihan masih giat dijalankan dan laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan setakat ini.

Runtuhan bumbung turut dilaporkan berlaku di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Seksyen 13.
Runtuhan bumbung turut dilaporkan berlaku di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Seksyen 13.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Norazam memaklumkan turut menerima laporan mengenai runtuhan bumbung di kawasan parkir pusat beli-belah di Seksyen 13.

“Berdasarkan maklumat awal, sebanyak lapan kenderaan orang awam yang diletakkan di kawasan itu mengalami kerosakan. Bagaimanapun, tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: