5,439 kes baharu, meningkat empat hari berturut-turut

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA- Penularan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan selama empat hari berturut-turut.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 5,439 kes pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif, 2,850,408 kes.

"Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, terdapat 47 atau 0.9 peratus kategori tiga hingga lima dan 5,392 kes lagi atau 99.1 peratus merupakan kategori satu serta dua," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 332 kes import dikesan membabitkan 204 rakyat tempatan dan 128 warga asing.

"Sebanyak 5,107 kes penularan dalam negara yang melibatkan 4,968 rakyat tempatan serta 139 kes warga asing turut dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, seramai 124 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM turut merekodkan 4,409 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,770,663 kes," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, 22 lagi pertambahan kluster baharu Covid-19 dikenalpasti KKM.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 6,371 dan 6,097 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala selebihnya, 274 kluster masih aktif," katanya.

Sementara itu, hanya tiga negeri dan wilayah merekodkan sifar kadar kebolehjangkitan (Rt) iaitu Labuan, Sarawak dan Perlis manakala Terengganu mencatatkan nilai Rt 0.85.

12 negeri dan wilayah lain mencatatkan nilai Rt antara 1.0 (Perak) hingga 1.18 (Negeri Sembilan).

Nilai Rt negara adalah pada kadar 1.13.