X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Operasi Melaka Sentral dipindah ke lokasi sementara

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memindahkan operasi Melaka Sentral ke lokasi sementara. (Gambar hiasan) - Foto Wikipedia
A
A

MELAKA- [DIKEMASKINI] Operasi Melaka Sentral akan dipindahkan ke lokasi sementara bagi membolehkan projek pembangunan semula Melaka Sentral dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Datuk Bandar Melaka, Datuk Zainal Abu berkata, projek mega yang menelan kos pembangunan RM3.5 bilion di Bandar Peringgit perlu dilaksanakan segera bagi memastikan penggunaan tanah di kawasan itu digunakan secara optimum.

Menurutnya, pihaknya akan melihat pelan susun atur terminal sementara yang dicadangkan di tapak lama Pasar Besar Melaka supaya perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas domestik, teksi dan sebagainya tidak mengalami masalah.

"Pembangunan itu akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat tahun bagi pembinaan semula terminal pengangkutan bersepadu dan ia akan mendatangkan hasil baharu kepada Melaka Sentral.

"Melaka sebagai negeri pelancongan perlu mengambil peluang itu dengan memanfaatkan tanah Melaka Sentral yang bernilai tinggi harganya termasuk pembinaan servis apartment dan pusat beli-belah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar diadakan di Pinggiran Sungai Melaka di sini, pada Khamis.

Zainal (kanan) menunjukkan tawaran hadiah cabutan bertuah kepada pemegang akaun MBMB selepas sidang akhbar diadakan di Pinggiran Sungai Melaka, di sini, pada Khamis.
Zainal (kanan) menunjukkan tawaran hadiah cabutan bertuah kepada pemegang akaun MBMB selepas sidang akhbar diadakan di Pinggiran Sungai Melaka, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, masih menunggu keputusan pelan pemindahan sementara itu daripada Melaka Sentral yang dijangka diserahkan pada Februari depan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pemilik hartanah di kawasan MBMB yang menjelaskan cukai taksiran dan tidak mempunyai tunggakan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah sehingga RM100,000.

Menurutnya, hadiah utama ditawarkan dalam dalam cabutan bertuah tersebut termasuk sebuah kereta Perodua Bezza Premium X bernilai RM44,000 dan dua buah motosikal selain 125 peralatan serta barangan lain.

Katanya, pemegang akaun boleh membuat bayaran seperti di Kiosk Bayaran MBMB, Kaunter Pembayaran Utama MBMB Kaunter Bergerak MBMB serta pembayaran dalam talian.

"Kita seru mereka menjelaskan tunggakan Cukai Taksiran sekiranya ada dan cukai taksiran penggal pertama tahun ini bagi melayakkan menyertai cabutan bertuah itu," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!