Shopee beri diskaun, tawaran menarik sempena Tahun Baharu Cina

1128978
1128978
A
A
A

PLATFORM beli-belah dalam talian Shopee, melancarkan jualan Tahun Baharu Cina yang menyediakan tawaran terbaik dan diskaun menarik bagi menyemarakkan semangat ‘Huat’ (kemakmuran) kepada rakyat Malaysia sehingga 2 Februari ini.

Shopee menerusi kenyataan pada Khamis, mengajak rakyat Malaysia untuk menyambut Tahun Harimau kali ini dengan merebut tawaran tersebut, di samping menikmati pengalaman membeli-belah secara dalam talian dan kekal selamat ketika pandemik.

Menurut Shopee, penghantaran percuma ditawarkan kepada pelanggan yang membuat pembelian minimum RM8 dan boleh menikmati bonus 88 peratus bonus apabila mereka mendapatkan stok barangan Tahun Baharu Cina.

Jualan itu membolehkan pembeli berpeluang memenangi angpau RM8,888 dengan menyertai Shopee Fortune Quiz menerusi aplikasi Shopee pada pukul 8 malam setiap hari, dan jawab lima soalan dengan betul.

Pengguna ShopeePay juga berpeluang memenangi sehingga 8,888 Syiling Shopee, apabila memindahkan wang menggunakan kemudahan e-Ang Pow kepada keluarga dan kawan-kawan, sehingga 7 Febuari ini.

Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut pengguna boleh menikmati sehingga RM8 pulangan wang tunai dan memperoleh sehingga 12 peratus pulangan wang tunai Syiling Shopee, dengan perbelanjaan minimum RM25 apabila melakukan transaksi menerusi ShopeePay di kedai-kedai terpilih seperti Caltex, MyNews dan Blackwhale.

"Menerusi tambah nilai minimum RM30 ke dompet ShopeePay, pengguna berpeluang memenangi sehingga 88,888 Syiling Shopee,” menurut kenyataan itu.

Menurut Shopee, pelanggan juga akan menerima 10 peratus diskaun barangan keperluan Tahun Baharu Cina, seperti Ribena, abalone dan limau Mandarin, dengan membentuk kumpulan tiga orang bersama keluarga dan kawan-kawan bagi menunjukkan semangat kebersamaan, bermula 25 Jan hingga 2 Febuari ini.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan turut berpeluang menikmati tawaran diskaun Hu Hu Huat sehingga 50 peratus, serta penghantaran percuma sepanjang hari sehingga 6 Febuari ini, untuk sajian lazat dari ShopeeFood.

Pembeli juga dijemput untuk menyertai Kuiz Shopee dan Shopee Shake di aplikasi Shopee untuk memenangi Logitech Gaming Headset, Le Creuset French Oven dan Dyson Tower Fan, atau wang tunai sehinggai RM8,888.-Bernama