16 gerai di Bukit Angin terbakar

Kebakaran pagi tadi yang menyebabkan 16 unit gerai terjejas.
Kebakaran pagi tadi yang menyebabkan 16 unit gerai terjejas.
A
A
A

TEMERLOH - Sebanyak 16 unit gerai di Bukit Angin, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Orang awam dikatakan datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 pagi.

Bomba ketika melakukan kerja-kerja pemadaman api di salah sebuah gerai terlibat.
Bomba ketika melakukan kerja-kerja pemadaman api di salah sebuah gerai terlibat.

Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasnuddin Hussin berkata, seramai 24 anggota termasuk dari BBP Mentakab dan Temerloh bersama tiga buah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Dalam operasi ini, kita terpaksa buka pintu semua gerai untuk kerja-kerja pemadaman supaya api tidak merebak. Kita dapati di sini tiada dinding pemisah dalam gerai, api bermula dari bahagian atas.

"Bagaimanapun, api berjaya dikawal 10 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya kira-kira jam 7.30 pagi," katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Menurutnya, setakat ini, kadar kemusnahan melibatkan 40 peratus dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik bomba.

Artikel Berkaitan:

Barangan dan peralatan yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran tersebut.
Barangan dan peralatan yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran tersebut.

Kebakaran yang menyebabkan 16 unit gerai di Bukit Angin Temerloh terjejas dalam kejadian Subuh tadi.. Video ihsan orang awam

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Saturday, March 16, 2019