Kelantan sesak mulai esok

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (dua, kanan) melambai kepada pengguna jalan raya sempada perasmian Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (dua, kanan) melambai kepada pengguna jalan raya sempada perasmian Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina.
A
A
A

KOTA BHARU - Kesesakan lalu lintas di Kelantan dengan 800,000 kenderaan perantau yang dijangka memasuki negeri ini sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina akan bermula esok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, aliran trafik yang meningkat itu susulan daripada penduduk yang tinggal di luar Kelantan termasuk di ibu negara Kuala Lumpur akan mula pulang dan bercuti di kampung halaman.

Katanya, pada masa yang sama Op Selamat 17/2022 juga akan bermula dengan 48 ‘hot spot’ yang kerap berlaku kemalangan maut di sekitar jalan raya dan jalan persekutuan di negeri ini dikesan dan akan diberi tumpuan.

“Daripada jumlah itu, empat lokasi pertama membabitkan sempadan antara negeri Kelantan, Terengganu dan Perak serta jalan-jalan di bandar Kota Bharu yang dijangka sesak dengan lebih 800,00 kenderaan mula memasuki negeri ini.

“Keadaan berbeza berbanding tahun lepas yang tidak ada Op Selamat kerana seluruh negara berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tunjong di sini, pada Khamis.

Shafien (tengah) mengangkat bendera Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tunjong, Kota Bharu pada Khamis.
Shafien (tengah) mengangkat bendera Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tunjong, Kota Bharu pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh.

Mengulas lanjut, Op Selamat selama 10 hari sehingga 6 Februari depan dilancarkan dengan slogan Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi membabitkan 266 pegawai dan anggota yang bertugas.

Artikel Berkaitan:

“Mereka akan melaksanakan penguatkuasaan dari segi aspek pemanduan melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Op Selamat turut dijalankan dengan kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Jabatan Pengangkutan Awam (JPAM), Persatuan St John Ambulans dan media,” katanya.

Sementara itu, Shafien berkata jumlah kemalangan semasa Op Selamat 2020 menurun kepada 498 daripada 495 kes manakala kemalangan maut meningkat kepada 17 daripada 11 kes.

“Kes pecah rumah pula menurun kepada 27 kes daripada 29 kes dalam tempoh sama.

“Saya nasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhemah dan bertolak ansur di jalan raya bagi mengelak kemalangan mahupun kecederaan atau maut,” katanya.