72 ditahan dalam Op Sarang

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 72 individu diberkas dalam Op Sarang kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, daripada jumlah itu, 22 individu memiliki dadah dan 50 lagi didapati positif dadah.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat di beberapa tempat antaranya kawasan Lembaga Padi, Kampung Bakau, Kampung Cenderamata, Likas dan Tanjung Aru yang dijalankan bagi tempoh 9 hingga 14 Mac lepas.

"Polis turut merampas 175.71 gram dadah jenis ganja dan 42.62 gram syabu yang dianggar bernilai RM12,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua individu yang berumur antara 17 hingga 55 tahun termasuk 47 warga asing itu ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan: