UAE tarik balik sekatan masuk dari 12 negara Afrika mulai 29 Januari

Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kebangsaan UAE mengumumkan akan menarik balik sekatan kemasukan yang dikenakan pada November ke atas pelancong dari 12 negara Afrika mulai 29 Januari. - Foto AFP
Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kebangsaan UAE mengumumkan akan menarik balik sekatan kemasukan yang dikenakan pada November ke atas pelancong dari 12 negara Afrika mulai 29 Januari. - Foto AFP
A
A
A

DOHA - Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kebangsaan UAE (NCEMA) mengumumkan akan menarik balik sekatan kemasukan yang dikenakan pada November ke atas pelancong dari 12 negara Afrika berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron mulai 29 Januari, lapor Sputnik.

"Mulai 29 Januari, kemasukan ke UAE untuk ketibaan dari Kenya, Tanzania, Ethiopia, Nigeria, Republik Congo, Republik Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, dibenarkan semula,” ciap NCEMA di Twitter.

Antara syarat kemasukan dari negara-negara itu, pihak berkuasa UAE menetapkan keperluan untuk membuat ujian PCR negatif untuk Covid-19 selewat-lewatnya 48 jam sebelum ketibaan dan lulus ujian PCR lain semasa tiba di negara itu. Mereka meminta penduduk negara-negara Afrika agar tidak melakukan perjalanan jika mereka mempunyai simptom Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: