Pokok dilanggar bas tumbang hempap empat kereta

Sebuah bas yang tidak ditarik brek tangan dengan sempurna bergerak sendiri lalu melanggar sebatang pokok hingga tumbang.
Sebuah bas yang tidak ditarik brek tangan dengan sempurna bergerak sendiri lalu melanggar sebatang pokok hingga tumbang.
A
A
A

PETALING JAYA - Gara-gara pemandu tidak menarik brek tangan dengan sempurna sebuah bas yang diparkir bergerak ke hadapan lalu melanggar sebatang pokok hingga tumbang di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian sekitar jam 1 petang berkenaan, pokok tersebut jatuh menghempap empat buah kereta yang diparkir berhampiran lokasi kejadian.

"Pemandu, seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun telah memarkir bas di tepi jalan dan telah pergi ke tandas berdekatan dan hasil siasatan mendapati pemandu bas tidak menarik handbrake dengan sempurna menyebabkan bas terus bergerak.

"Bas tersebut melanggar sebatang pokok hingga tumbang dan terkena pada kenderaan jenis Pajero, Ford Laser, Isuzu dan Renault," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.01 petang dan mendapati tiada kecederaan yang berlaku.

Bagaimanapun katanya, pihak polis masih belum menerima laporan daripada pemilik kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Artikel Berkaitan: