Pemandu lori ditahan maki polis

Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan makian kepada anggota polis yang menjalankan pemeriksaan Op Perdagangan di KM50 Jalan Ipoh-Taiping, Kuala Kangsar pada Rabu.
Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan makian kepada anggota polis yang menjalankan pemeriksaan Op Perdagangan di KM50 Jalan Ipoh-Taiping, Kuala Kangsar pada Rabu.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan makian kepada anggota polis yang menjalankan pemeriksaan Op Perdagangan di Kilometer 50 Jalan Ipoh-Taiping di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 11.10 pagi itu, lelaki berusia 43 tahun terbabit turut enggan memberikan kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pemeriksaan ke atas lori muatan pasir dipandu suspek itu mendapati, kenderaan berkenaan tidak dilengkapi dengan peralatan segi tiga keselamatan.

"Semasa anggota polis hendak mengeluarkan saman, pemandu lori itu telah mengeluarkan kata makian dan enggan memberikan kerjasama.

"Tangkapan telah dibuat ke atas pemandu tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata, lelaki terbabit telah diarah menjalani ujian saringan air kencing, bagaimanapun keputusan itu belum diperoleh.

"Semakan sedang dilakukan sekiranya suspek mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Artikel Berkaitan: