X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Salah bawa Mesir ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika

Salah menyempurnakan penalti kemenangan untuk membantu The Pharaohs melangkah ke pusingan suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.
A
A

MOHAMED Salah menjadi wira Mesir apabila menyempurnakan penalti kemenangan untuk membantu The Pharaohs melangkah ke pusingan suku akhir Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Ivory Coast 5-4 dalam penentuan penalti di Douala awal pagi tadi.

Pada perlawanan tersebut, pertahanan Ivory Coast Eric Bailly merupakan satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit.

Skuad kendalian itu Carlos Queiroz itu mara ke kelompok lapan terakhir kejohanan tersebut meskipun hanya menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan setakat ini.

"Kadang kala penalti adalah loteri. Namun hari ini saya rasa pasukan terbaik di atas padang dihadiahkan penalti pada akhir permainan. Hari ini hari kami," kata Queiroz.

Untuk rekod, pertembungan tersebut merupakan yang ke-11 buat kedua-dua pasukan di Piala Negara-Negara Afrika dengan Mesir hanya tewas sekali di tangan Ivory Coast.

Mesir yang merupakan juara tujuh kali kejohanan tersebut akan bertemu Maghribi di suku akhir yang berlangsung Yaounde Ahad ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!