Niat Bersatu untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya: Najib

Tangkap layar Facebook Datuk Seri Najib Razak pada Khamis
Tangkap layar Facebook Datuk Seri Najib Razak pada Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa niat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya telah lama disedari akar umbi.

Katanya, ia berlaku sejak rakaman audio ‘scheme of things’ terbongkar di mana Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan rancangan untuk sogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan GLC.

Pada Rabu, Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Mengulas lanjut, Najib berkata, justeru dengan pengakuan yang dibuat oleh Bersatu itu, beliau berharap pemimpin UMNO yang masih ingin bekerjasama dengan mereka untuk hentikan usaha tersebut.

“Kawan-kawan dalam Muafakat yang masih seru kita untuk menerima Bersatu pun patut henti pujuk.

"Kami tetap kawan tetapi jangan pujuk lagi. Sebab kami tidak faham kenapa UMNO perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat mereka untuk tamatkan UMNO. Itu gila,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: