Jerman mahu hantar 5,000 topi perlindungan kepada Ukraine

Jerman enggan menghantar senjata tetapi digantikkan dengan topi perlindungan kepada Ukraine. - Foto AFP
Jerman enggan menghantar senjata tetapi digantikkan dengan topi perlindungan kepada Ukraine. - Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Jerman yang enggan membekalkan senjata kepada Ukraine dalam menghadapi kemungkinan pencerobohan Rusia telah menawarkan untuk menghantar 5,000 topi perlindungan pada Rabu.

Bagaimanpun, ia dianggap sebagai satu tindakan yang diselar sebagai 'gurauan mutlak' oleh Datuk Bandar Kyiv di Ukraine, Vitali Klitschko.

Menteri Kehakiman Jerman, Christine Lambrecht berkata, penghantaran itu akan menghantar 'isyarat yang sangat jelas' bahawa Jerman menyokong Ukraine di tengah-tengah ketegangan yang meningkat dengan Rusia.

Namun, Klitschko menuduh Jerman gagal memahami dengan berkata: "Kita sedang berhadapan dengan tentera Rusia yang mempunyai kelengkapan tinggi dan boleh mula menyerang Ukraine pada bila-bila masa.

"Lima ribu topi adalah gurauan mutlak. Apa yang Jerman akan hantar nanti? Bantal?" katanya seperti dilaporkan oleh akhbar Bild tetapi dilaporkan oleh AFP. - Agensi

Artikel Berkaitan: