Dulu Manchester United kini Sevilla

Martial ketika sesi pengenalan sebagai pemain baharu Sevilla di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville. - Foto AFP
Martial ketika sesi pengenalan sebagai pemain baharu Sevilla di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Perancis, Anthony Martial memilih berpindah dari Manchester United ke Sevilla dengan perpindahan secara pinjaman selepas merasakan kudratnya dikehendaki pengurus Los Nervionenses, Julen Lopetegui dan pengarah sukan Los Nervionenses, Monchi.

“Apa yang meyakinkan saya untuk datang ke Estadio Ramón Sánchez Pizjuán adalah pengarah sukan dan jurulatih kelab Sevilla, mereka menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan khidmat saya.

“Saya juga datang supaya boleh mendapatkan minit perlawanan selain membuktikan masih boleh menyumbang sesuatu untuk kelab ini,” kata Martial, yang menyertai kelab La Liga tersebut sehingga akhir musim.

Penyerang The Red Devils berusia 26 tahun itu yang menyertai United pada 2015, membuat permohonan kepada pengurusan kelab untuk meninggalkan Old Trafford pada Disember selepas bergelut mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama musim ini.

“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini saya telah banyak berlatih. Saya berharap dapat berlatih tidak lama lagi dengan rakan sepasukan dan bekerja dengan baik bersama mereka untuk memperjuangkan pertandingan bakal kita hadapi.

“Sejujurnya, saya telah menjalani latihan dan bersedia sekiranya jurulatih mahu menurunkan dalam perlawanan selepas ini. Apa pun perkara yang paling penting bagi saya ialah minit permainan, dan saya tidak kira di mana.

“Saya mahu membawa pengalaman dan membantu Sevilla untuk terus menang,” kata Martial sambil menjelaskan bahawa dia tidak kisah diletakkan dalam posisi mana.

Tumpuan utama penyerang Les Bleus tersebut pada ketika ini adalah membantu Sevilla memenangi kejuaraan Liga Europa buat kali ketujuh selepas menangi kali terakhir sejak 2014.

Artikel Berkaitan:

Los Nervionenses akan berdepan Dinamo Zagreb dalam pusingan 16 terbaik bulan depan.